KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki warga Myanmar maut dipercayai akibat lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar di Kampung Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh, hari ini.
Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10.38 malam ini, kira-kira 1.6 kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Muhammad Hazrin Zulkifli, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kanak-kanak berusia lima tahun itu pada jam 5.37 petang tadi.
Susulan itu, katanya, seramai 15 anggota menaiki beberapa jentera dihantar ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di lokasi berkenaan.
"Difahamkan, mangsa terjatuh ke dalam longkang besar berkenaan sebelum dihanyutkan arus," katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhammad Hazrin berkata, pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan lokasi kanak-kanak terbabit sebaik menerima laporan berkenaan.
"Pasukan sokongan skuba turut berada di lokasi bagi membantu operasi SAR yang sedang dijalankan" katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan