Abd Razak Mohd Ali
Kejadian
banjir kilat di sebuah pusat membeli belah di Falim turut menyebabkan
beberapa buah kereta hampir ditenggelami banjir. -Gambar/ Bernama
IPOH:
Hujan lebat sejak kira-kira jam 7 malam tadi menyebabkan beberapa buah
kampung di daerah Kinta dilanda banjir kilat menjelang tengah malam.
Hujan lebat menyebabkan paras air Sungai Pari naik lalu melimpah ke kawasan berhampiran.
Bagaimanapun, sehingga jam 12 malam, tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut
jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak, antara kampung itu
ialah Kampung Sri Aman Fasa 2; Kampung Sri Kinta; Kampung Pengkalan
Gate; Kampung Temiang/Tebing Tinggi; Buntong, Lorong Anandu dan Kampung
Tersusun Jalan Sungai Pari; Kampung Kuala Pari dan Kampung Pasir Putih
Tambahan.
Beberapa kawasan lain dilaporkan turut dinaiki air, termasuk di Ulu Chemor, Manjoi dan Menglembu dan Falim.
Kejadian banjir kilat di sebuah pusat membeli belah di Falim turut menyebabkan beberapa buah kereta hampir ditenggelami banjir.
Sehingga jam 12 malam, hujan masih turun tetapi tidak lebat.
Penolong
Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri
Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, pihaknya masih melakukan pemantauan
dari semasa ke semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan