Sabtu, 14 November 2020

JAS Johor siasat fenomena algae bloom

 Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

Kemunculan tompokan hijau terapung di permukaan air di tepi Sungai Melayu, Nusajaya. Gambar JAS Johor

JOHOR BAHRU : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor sedang menyiasat fenomena  algae bloom yang berlaku di Sungai Pendas dan Sungai Melayu, Nusajaya.

Jabatan itu dalam kenyataan memaklumkan, siasatan awal mendapati fenomena itu berlaku akibat kandungan nitrat dan fosfat yang tinggi dan boleh menyebabkan ikan mati akibat kekurangan oksigen di dalam air.

“Bagaimanapun setakat ini, JAS Johor tidak menerima sebarang aduan kejadian ikan mati.

“Pengarah Perikanan Johor turut hadir meninjau lokasi aduan. Walaupun cuti hujung minggu, JAS Johor sentiasa bersedia untuk menyiasat aduan-aduan yang melibatkan masyarakat setempat,” kata kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, tompokan hijau seperti lumut dilaporkan di sungai berkenaan dan mencetuskan kebimbangan nelayan.

Fenomena alga itu melibatkan kawasan seluas kira-kira 10 kilometer kawasan perairan Sungai Pendas sehingga Sungai Melayu.

Sementara itu, JAS Johor meminta orang ramai untuk membuat aduan pencemaran menerusi bebas tol 1800882727 atau membuat aduan melalui eaduan.doe.gov.my.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: