Motosikal milik Amran terbakar ketika dia mahu pergi minta bantuan susu untuk anaknya di Baitulmal Johor
SEBUAH keluarga Orang Asli yang mengalami nasib malang apabila motosikal mereka terbakar ketika mahu mencari bantuan susu untuk anak mereka Rabu lalu mendapat perhatian pendakwah bebas Ebit Lew.
Motosikal yang dinaiki Amran Rongi, 29 bersama dua anak lelakinya rosak lalu terbakar di laluan motosikal Plaza Tol Senai, di Johor Bahru, Isnin lalu.
Peristiwa itu mendapat perhatian selepas Amran memberitahu dia sedang menuju ke Baitulmal Johor untuk meminta bantuan susu untuk anak-anaknya.
“Sebak rasa baca pasal abang oku bersama dua anaknya perlu bantuan di Johor dan motor terbakar dalam perjalanan. Abang polis johor cuba bantu beliau.
“Syukur ramai datang bantu. Hari ini saya belikan motor baru hadiahkan untuk abang ini serta sedikit duit belanja,” kata Ebit.
Dia menghantar sendiri motor berkenaan kepada Amran yang cacat tangan kiri sejak daripada lahir di Kampung Orang Asli Kuala Masai, Pasir Gudang, Johor.
Motosikal yang terbakar itu merupakan motosikal terpakai yang dibeli pada Ogos hasil duit kumpul kerjanya sebagai nelayan.
Lebih setengah tahun beliau mengumpul duit untuk membeli motosikal tersebut untuk memudahkan pergerakan mereka sekeluarga.
Sebelum memiliki motorsikal tersebut, dia bekerja turun ke laut menumpang sampan atau bot ahli keluarga lain dan apabila dapat hasil beliau akan upah kira-kira RM30 sehari.
Menurutnya, apabila dapat membeli motosikal terpakai tersebut dia bercadang untuk mendaftarkan tiga anak saya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri bagi memudahkannya.
Amran mempunyai isteri dan empat anak berusia dua minggu hingga 10 tahun.
Selain motorsikal dan barangan dapur untuk Amran, pendakwah Islam itu turut membawa barang dapur untuk 84 keluarga lain yang tinggal di Kampung Orang Asli Kuala Masai.
“Beras dan barang dapur dari Elewsmart. Sedih rasa bila Tok Batin tadi ucap terima kasih dan semua orang kampung situ kenal ajak bergambar. Allah tentukan dapat jumpa abang tadi.
“Comel jer anak-anak kecilnya. Ramai orang kampung situ ulang kali cakap terima kaseh walau cuma bantuan makanan untuk semua. Syukur banyak pihak ada hantar bantuan buat keluarga ini,” kata Ebit.-SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan