Jumaat, 20 November 2020

Covid-19: 958 kes baharu, 3 kematian

MGF19112020_TINJAUAN-TOP-GLOVE-PKPD-22
Sebanyak 958 kes baharu positif Covid-19 menjadikan kes keseluruhan adalah 52,638 kes setakat ini.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 958 kes baharu positif Covid-19 menjadikan kes keseluruhan adalah 52,638 kes setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengenalpasti 956 kes yang pulih sepenuhnya hari ini.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 953 kes adalah merupakan penularan Covid-19 dalam negara,” katanya ketika sidang media hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Sabah iaitu sebanyak 512 kes (53.4 peratus), diikuti Selangor dan Negeri Sembilan yang masing-masing melaporkan sebanyak 153 kes (16.0  peratus).

“Pelaporan kes positif Covid-19 yang tinggi di Sabah berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya Kluster Sabaru (149 kes) dan peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat (196 kes).

“Negeri Selangor dan Negeri Sembilan pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh pertambahan kes dalam kluster-kluster sedia ada dan juga kluster baharu,” jelasnya.

Selain terdapat tiga pertambahan kematian akibat wabak berkenaan, Hisham mengesahkan sehingga kini sebanyak 110 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) 42 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu terdapat lima kluster baharu dikenalpasti menjadikan jumpa keseluruhan 324 kluster.

Sebanyak 167 daripadanya kluster berkenaan dikategorikan aktif dan dalam pemantauan.

Kluster baharu berkenaan adalah Kluster Kasir di Tawau, Sabah dikesan melalui seorang pekerja pasaraya yang dikesan positif Covid-19.

“Sehingga 20 November 2020, sejumlah 143 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tawau,” katanya.

Seterusnya adalah Kluster Sri Jujur di Klang, Sepang, dan Petaling, Selangor, Kluster Oad di Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, dan Jempol, Kluster Enggoar di Kerian Kuala Kangsar, Batang Padang dan Kinta di negeri Perak

Kluster kelima adalah Kluster Makmur meibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru, Johor.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan: