PETALING JAYA : Senator Ras Adiba Radzi dilantik Pengerusi Bernama baharu, kata sumber Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Bekas personaliti TV3 itu yang menempah nama sebagai wartawan sukan, pengacara dan penyampai berita, ditawarkan kontrak dua tahun dan akan memulakan tugas minggu depan, menurut sumber berkenaan.
Ras Adiba menggantikan Suhaimi Sulaiman, seorang lagi bekas personaliti TV3 dan Awani.
Suhaimi menerajui Bernama beberapa bulan sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Sarawak Oktober lalu.
Menurut sumber itu, Ras Adiba yang dilantik sebagai senator oleh kerajaan Perikatan Nasional Mei lalu, di amanah untuk menjadikan Bernama agensi berita nasional yang “lebih dinamis dan berwibawa serta mampu bersaing dengan media lain khususnya di persada media sosial.”
Antara misi Ras Adiba ialah mempersiapkan Bernama untuk memberi liputan komprehensif pilihan raya umum yang di jangka di adakan tahun depan.
Selain perkhidmatan teks, Bernama juga mempunyai saluran televisyen, radio and aktif melaporkan berita menerusi media sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan