Isnin, 16 November 2020

Anggota polis cedera ditimpa khemah di SJR .

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin
 Koperal Nazmi Abdullah cedera di kepala selepas ditimpa khemah yang ranap di sekatan jalan raya Plaza Tol Duta, Kuala Lumpur, hari ini.
Koperal Nazmi Abdullah cedera di kepala selepas ditimpa khemah yang ranap di sekatan jalan raya Plaza Tol Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis trafik cedera ditimpa khemah ketika menjalankan tugas menjaga sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Duta, di sini, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata hujan lebat berserta angin kuat petang tadi menyebabkan khemah di sekatan jalan raya di lokasi berkenaan ranap.

Beliau berkata, khemah berkenaan menimpa kepala Koperal Nazmi Abdullah dari Bahagian Kawalan Lalulintas JSPT Kuala Lumpur.

"Anggota berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tiada ulasan: