Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
PUTRAJAYA: Kerajaan membenarkan tiga orang dari rumah sama dalam satu kenderaan persendirian untuk keluar mendapatkan barangan keperluan berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu bagi memudahkan polis membuat penguatkuasaan selaras dengan jumlah yang dibenarkan bagi kenderaan teksi dan e-hailing.
Beliau menjelaskan, sebelum ini polis menggunakan budi bicara untuk memberi kelonggaran melebihi dua orang dalam satu kenderaan jika melibatkan warga emas atau anak-anak kecil.
“Bagaimanapun, polis agak sukar untuk menggunakan budi bicara dalam soal ini, lagipun kita mendapat rungutan dan pandangan daripada orang ramai untuk memberi sedikit kelonggaraan tiga orang dalam satu kenderaan.
“Peraturan ini kita samakan seperti e-hailing atau teksi iaitu seorang pemandu dan dua orang penumpang. Jadi kenderaan persendirian pun dibolehkan tiga orang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan