Beliau, yang merupakan bekas pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri ketika pemerintahan Najib Razak berkata demikian berikutan kemerosotan hubungan Malaysia dengan negara Timur Tengah ketika di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) berbanding semasa kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Kerajaan PH agak dingin dengan Timur Tengah melainkan Qatar, Turki dan Iran. Memang Malaysia ambil dasar tak campur politik dalaman soal polisi luar negara.
“Saya harap dengan pelantikan duta khas perdana menteri kali ini dan hubungan baik Menteri Luar Hishamuddin Hussein dengan negara Timur Tengah dapat perkasakan semula hubungan itu yang nampak bermasalah sebelum ini,” katanya kepada FMT.
Terdahulu dalam satu kenyataan hari ini Pejabat Perdana Menteri berkata, Hadi, yang juga presiden PAS, dilantik sebagai duta khas perdana menteri bertaraf menteri ke Timur Tengah.
Kenyataan itu juga menyebut, lantikan itu dipersetujui oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Fathul berkata, memandangkan jawatan itu baru diwujudkan, maka ia tidak dilihat mempunyai pertindihan dengan mana-mana jawatan dalam Kabinet.
“Dari sudut lain dia (Hadi) kelulusan pengajian di Timur Tengah dan mempunyai kemampuan berbahasa Arab serta hubungan dengan Timur Tengah yang bukan baru.
“Hubungan Hadi dengan Timur Tengah sudah lama. Beliau ada hubungan gerakan Islam di Timur Tengah, jadi ia dapat diperluaskan, tetapi ia bergantung juga kepada skop tugas yang ditentukan perdana menteri,” katanya.
Sementara itu, Hadi dalam respons kepada pelantikan itu berterima kasih kepada Muhyiddin atas kepercayaan yang diberikan.
“Insya-Allah saya akan memanfaatkan sedikit pengalaman untuk membantu kerajaan Malaysia memimpin agenda perpaduan ummah dan keamanan sejagat,” katanya di Facebooknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan