Kedudukan
Malaysia dalam Indeks Keselamatan Makanan Global (GFSI) berada di
tangga ke-28, pada tahun lalu dengan skor keseluruhan 73.8 peratus.
Berdasarkan pemerhatian di laman sesawang GFSI, sebanyak 113 negara
berada dalam kedudukan tersebut yang didahului Singapura di tangga
pertama dengan skor 87.4 peratus.
Menurut GFSI, kedudukan Malaysia dalam indeks berkenaan turut
dipengaruhi oleh beberapa faktor kekuatan yang ditakrifkan sebagai
petunjuk kepada skor yang melebihi 75 peratus dan ke atas.
Malaysia dilihat mempunyai skor penuh 100 peratus iaitu melibatkan
prospek penduduk di bawah garis kemiskinan global, kehadiran kualiti
program keselamatan makanan bersih, akses kepada pembiayaan untuk petani
dan juga piawaian makanan.
Selain itu, pertukaran purata kos makanan mendapat skor kedua
tertinggi iaitu 98.5 peratus, manakala untuk keselamatan makanan (97.7),
kerugian makanan (94.7), kapasiti penyerapan bandar (89.2)
Bagi votaliti pengeluaran makanan pula skornya adalah 88.7 peratus
dan faktor terakhir adalah tarif import pertanian dengan skor 87.7
peratus.
Untuk rekod, lima negara utama yang berada dalam kedudukan tersebut
adalah Singapura di tempat pertama, Ireland (kedua), United States
(ketiga), Switzerland (keempat) manakala Finland dan Norway berkongsi
kedudukan di tangga kelima.
Sebelum ini, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk
Salahuddin Ayub mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Majlis Keselamatan
Makanan Negara (MKMN) segera bagi menangani isu makanan ketika wabak
Covid-19.
Dalam wawancaranya dengan TV internet Jom Channel, Salahuddin
berkata, walaupun negara sudah ada Majlis Keselamatan Negara (MKN)
tetapi keperluan MKMN sangat mendesak sekarang.
“Jika Perintah Kawalan Pergerakan ini berterusan, bekalan makanan kita hanya mencukupi sehingga Ogos sahaja.
“Tambahan lagi wabak ini berlaku serentak di seluruh dunia di mana
semua negara akan berhadapan dengan krisis bekalan makanan untuk rakyat
mereka.
“Kalau krisis atau tragedi berlaku di sesuatu tempat sahaja di dunia
seperti Tsunami di Aceh atau gempabumi di Iran, negara lain boleh bantu.
“Tetapi krisis ini berlaku di seluruh dunia. Setiap negara menjaga kepentingan masing-masing.
“Jadi negara perlu bersedia berhadapan dengannya. Penubuhan Majlis
Keselamatan Makanan adalah terbaik untuk membolehkan semua pakar-pakar
kita duduk dan berfikir serta menyusun strategi yang sesuai mengenai,”
kata Salahuddin dalam satu wawancara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan