
“Kalaulah mereka tahu betapa menderitanya pesakit Covid-19 ini, mereka mungkin akan lebih faham dan yakin mengapa kerajaan perlu sangat mengawal pergerakan orang awam menggunakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Timbalan Pengarah Hospital Kuala Lumpur itu.

“Bayangkan pesakit yang sudah di peringkat akhir terpaksa bernafas dengan bantuan ventilator, tiada yang lebih teruk daripada itu,” jawabnya ringkas dengan riak wajah yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata.
Mempunyai kepakaran dalam kesihatan umum itu, beliau telah terlibat secara langsung dalam melawan pelbagai jenis wabak sebelum ini antaranya virus Nipah, H1N1 dan SARS namun impak dan cara penularan Covid-19 adalah berbeza, mengikut pendapatnya.
Tambahan pula wabak tersebut sudah pun mula masuk ke dalam komuniti dan ini merupakan satu perkara yang sangat serius, ujar beliau.

Namun tegasnya, kejayaan hanya boleh dicapai sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi memastikan rantaian virus Covid-19 ini dapat diputuskan.
Jelasnya, arahan PKP dan kuarantin bukanlah perkara enteng yang boleh dibuat main-main kerana ia adalah satu cara untuk memutuskan rantaian virus tersebut.
Ujar Dr. Kamaruddin, para petugas kesihatan telah memberikan komitmen sepenuh jiwa mereka untuk merawat pesakit-pesakit Covid-19 dan dalam masa yang sama membendung wabak ini daripada terus menular.

“Saya yakin jika kita rakyat Malaysia bekerja secara satu pasukan, kita boleh melawan wabak ini.
“Saya juga mewakili pihak pengurusan (HKL) ingin merakamkan penghargaan terhadap petugas-petugas kami yang sanggup datang ke tempat kerja pada setiap hari meskipun pergerakan agak sukar kerana PKP, memakai PPE yang tidaks selesa, mengorbankan banyak perkara termasuklah masa bersama ahli keluarga dan sebagainya, inilah pengorbanan sebenar mereka untuk pesakit Covid-19,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Ini kerana Malaysia sendiri sudah mempunyai pengalaman dalam menangani wabak-wabak seperti ini sebelumnya.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan