Jumaat, 7 Februari 2020

Umno lantik bekas duta Zulhasnan ketuai Lembaga Disiplin

Zulhasnan Rafique pernah menjadi duta Malaysia ke Amerika 
Syarikat dan ahli Parlimen Setiawangsa. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Umno hari ini melantik bekas duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Zulhasnan Rafique untuk mengetuai Lembaga Disiplin, susulan peletakan jawatan Mohamed Apandi Ali pada bulan lalu.

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa mengumumkan pelantikan itu selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi selama 3 jam di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Apandi yang merupakan bekas peguam negara meletak jawatan secara rasmi pada 25 Jan lalu, susulan dakwaan campur tangan pimpinan parti terhadap siasatan dan pengadilan tuduhan salah laku bekas naib presidennya, Hishammuddin Hussein.



Tiada ulasan: