Isnin, 17 Februari 2020

TPM: K'jaan tiada makluman sukarelawan UM perlu kendali siswa China

MALAYSIAKINI


Kerajaan tidak menerima makluman mengenai dakwaan sukarelawan Universiti Malaya dikehendaki mengendalikan penuntut China yang kembali meneruskan pengajian di semester baru, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan akan menyusuli perkara itu untuk sebarang tindakan lanjut.

“Pihak universiti mesti mengambil tanggungjawab untuk beri perlindungan kepada sesiapa sahaja,
sukarelawan mahupun staf,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan mengenai sukarelawan UM yang dikatakan diminta menguruskan penuntut China di Kolej Kediaman 10.

Laporan itu menyebut sejumlah 550 penuntut dari China yang pulang ke kampus itu mendaftar pada 5 Feb lepas, dan sukarelawan tidak diberi latihan khusus bagi mengendalikan penuntut China, terutamanya selepas isu Covid-19.- Bernama

Tiada ulasan: