Khamis, 20 Februari 2020

Saya sekarang fokus dengan kerja, tak usik Najib – Mat Sabu

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata beliau kini mahu memberi tumpuan kepada tugas sebagai Menteri Pertahanan dan tidak mahu mengusik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu Mohamad juga meminta Najib menjawab soalan di mahkamah dahulu sebelum membuat provokasi apa yang dia tak tahu.

“Tapi jika berita tak sahih pun nak provoke, jemput baca dulu …,” tulis Mohamad merujuk kepada berita dalam laman Malaysiakini berkenaan Najib yang selalu berkata tidak tahu di mahkamah.

Dalam satu jawapannya melalui facebook terhadap komen Najib, Mohamad berkata, jangan di media sosial sahaja yang serba tahu.

“Dalam mahkamah apa pun tak tahu,” kata Mohamad menjawab komen Najib dalam isu ‘roti john’.

Mohamad menjawab satu posting yang dibuat Najib, “Mat, you know roti john.”

Ini berikutan satu berita yang memetik satu sumber kononnya seorang diplomat asing bernama John telah dibuat bergurau oleh seorang menteri bahawa dia akan memasak roti john untuk diplomat berkenaan.

“Saya sekarang fokus dengan kerja, tak usik Najib.

Tiada ulasan: