KETUA Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, terpulang untuk masyarakat mengaitkan pertukaran Ketua Polis Johor, Mohd Kamarudin Md Din ke Bukit Aman dengan ‘insiden itu’.
Manurut Abdul Hamid, sukar baginya untuk menepis sebarang persepsi berkaitan arahan pertukaran ketua polis Johor yang “kebetulan” berlaku selepas insiden serangan terhadap seorang menteri persekutuan baru-baru ini.
Menurut Abdul Hamid, pertukaran Mohd Kamarudin Md Din yang mempunyai “kepakaran dalam jenayah siber” ke Bukit Aman adalah bertepatan kerana jenayah tersebut kini menjadi ancaman.
Tempat Mohd Kamarudin kini digantikan Ketua Penolong Pengarah E8 (anti-pengganas) Cawangan Khas Ayob Khan Mydin Pitchay yang kini menjadi ketua Polis Johor.
Pertukaran Kamaruddin dari ketua polis Johor ke Bahagian Pentadbiran di Jabatan Pengurusan, Bukit Aman diumumkan semalam. Pertukaran itu berkuat kuasa 6 Mac ini.
Dalam kejadian itu Syed Saddiq yang juga Ketua Armada Bersatu terpaksa melarikan diri daripada kumpulan yang bertindak agresif tersebut dan gambar Ahli Parlimen Muar itu menanjat pagar untuk menyelamatkan diri tular di media sosial.
“Pihak penganjur dan polis berada di sana ketika itu, dan memberitahu
jika kami berdepan dengan mereka (kumpulan berkenaan), situasi akan
jadi lebih buruk.
“Jelas sekali kami tidak mahu ada apa-apa konfrontasi kerana ia boleh membawa kepada serangan fizikal dan itu adalah perkara terakhir yang kami mahu berlaku,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) di ibu negara pada Ahad lalu.-SM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan