Rabu, 12 Februari 2020

Kenyataan Baru Bian, Guan Eng bercanggah, Najib keliru

Wartawan MalaysiaGazette
MGF15072019_MAHKAMAH-NAJIB28
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa beliau celaru dengan penjelasan Menteri Kewangan berhubung penjimatan kos Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sebanyak RM3.1 bilion.

“Dia kata kos RM16.48 bilion (sebenarnya sudah diturunkan lagi ke RM15.1 bilion oleh syarikat PDP) itu bukan kos sebenar.

“Dia kata projek dengan kaedah Projek Delivery Partner atau Rakan penyampaian projek (PDP) ada banyak kos tersembunyi termasuk yuran 5.5%.

“Dia tuduh kos sebenar adalah lagi tinggi dari kos RM16.48 bilion.

“Lalu, dia pung pang pung pang kira kos tersembunyi itu adalah RM 5.369 bilion (walaupun yuran 5.5% untuk RM16.48 bilion cuma RM906 juta) dan kos sebenar keseluruhan projek ialah.RM21.9 bilion seperti yang dia umum minggu lepas.

“Sebab itu, kata Guan Eng menggunakan kaedah projek konvensional adalah lagi menjimatkan berbanding kaedah PDP.

Dan sebab itu juga, dia batalkan kontrak PDP yang lama,” kata Najib.

Bagaimanapun, menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau pelik kerana Menteri Kerja Raya dalam kenyataannya berkata, kementerian itu masih belum kira kos sebenar projek tersebut dan hanya akan mengumumkannya pada 20 Februari ini.

Ini kerana, Baru Bian memaklumkan banyak perkara yang belum diperincikan lagi.

“Sekarang kita konfius,” kata Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan kerana bagaimana Guan Eng tahu kos sebenar sedangkan Menteri Kerja Raya memaklumkan banyak perkara belum diperincikan lagi.

Tempelak Najib lagi, beliau bertambah keliru apabila Guan Eng yang pernah menjadi Ketua Menteri baru Pulau Pinang menganugerahkan Projek Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion, tiga kali ganda lebih besar dengan kos asal Pan Borneo Highway Sarawak dengan menggunakan kaedah PDP juga.

“Eh.. Guan Eng bukan kata kaedah PDP itu banyak kos tersembunyi dan adalah lebih baik untuk menggunakan kaedah konvensional?

“Projek PTMP ini juga banyak kos tersembunyi dan banyak offset ke?,” soalnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: