Khamis, 20 Februari 2020

Emma Maembong selamat bernikah

Mohammad Arif Nizam

WhatsApp-Image-2020-02-20-at-12


KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Emma Maembong, 27, selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr S, pagi ini.

Majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat kedua belah keluarga saja.

Berdasarkan tarikh cantik hari ini iaitu 20022020, ia menjadi tarikh pernikahan mereka yang menjadi spekulasi sejak dua tiga hari sebelum ini.

Namun, dakwaan mengatakan bakal suami Emma adalah kerabat diraja adalah tidak benar.

Sebaliknya, lelaki berusia 32 tahun itu bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan swasta tempatan.

Difahamkam, perhubungan Emma dan bakal suami berlangsung dalam tempoh singkat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Butiran lanjut mengenai pernikahan juga tidak didedahkan bagi menghormati permintaan keluarga Emma.

Sebelum ini, Emma pernah bercinta dengan pelawak, Zizan Razak dan pelakon, Kamal Adli.

Malah, Emma juga digosip menjalin hubungan dengan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah.

Emma juga mencetuskan kontroversi apabila membuka tudung tahun lalu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: