Mereka juga aktif berdakyah kepada orang asli muslim, belum muslim
BANGI
– Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung sekali lagi mendedahkan
wujudnya gerakan Kristianisasi Korea di Malaysia, kali ini membabitkan
pelajar-pelajar muslim di Cameron Highlands.
Menerusi hantaran di Facebooknya hari
ini, beliau memuat naik beberapa gambar yang memaparkan –
aktiviti-aktiviti dakyah termasuk poster – juga terpapar tulisan ‘Dakyah
Kristian Korea bersama pelajar muslim di gereja Cameron Highlands’.
Firdaus yang juga Presiden Multiracial
Reverted Muslims (MRM) kesal apabila mereka dengan bangga menayangkan
usaha dakyah kerana mengikuti ajaran agama mereka.
Hakikatnya, beliau berkata, tindakan mereka ini telah melanggar Perlembagaan Persekutuan 11 (4).
“Mereka juga aktif berdakyah kepada orang asli muslim dan belum muslim.
“Bila muslim buat dakwah kepada orang
asli yang merupakan hak yang telah termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan, mereka bising dan kecoh,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Firdaus turut mendedahkan
gerakan Kristianisasi yang menyasarkan golongan kanak-kanak Islam,
dengan memuat naik satu video bertajuk ‘anak muslim menjadi sasaran
pemurtadan pendakyah Kristian dari Korea Selatan di Malaysia.
Video berdurasi hampir dua minit itu
memaparkan kumpulan warga Korea Selatan mengadakan aktiviti – didakwa
bagi menyebarkan dakyah Kristian – menyasarkan kanak-kanak, termasuk
yang beragama Islam.
Firdaus berkata, menerusi video
berkenaan, program terbabit berkemungkinan berlaku di Perak berdasarkan
baju yang dipakai kanak-kanak tertera Sekolah Kebangsaan Chenderong
Kelubi – iaitu di Tanjung Tualang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan