Oleh Athirah Huda Zalhe
Tiada istilah 'kerajaan pintu belakang', rakyat mahu perubahan segera
BANGI
– Tiada istilah ‘kerajaan pintu belakang’ kerana menjadi tanggungjawab
Ahli Parlimen berwibawa menawarkan solusi baharu kepada rakyat, untuk
memperbaiki kepincangan pentadbiran negara – yang ditadbir Pakatan
Harapan (PH).
Amir
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata,
rakyat nyata menyesal memilih PH sebagai kerajaan dan mahukan perubahan
segera, memandangkan kegagalan parti itu melaksanakan tanggungjawab
sepanjang dua tahun memegang tampuk pemerintahan.
Beliau
berkata, sejak awal pembentukan kerajaan PH, ISMA sebagai gerakan Islam
melihat Kabinet yang dibentuk itu tidak menepati kehendak syarak, bahkan
patut ditukar segera.
“Kini dua
tahun berlalu, ternyata kerajaan ini gagal melaksanakan tanggungjawab
pentadbiran berasaskan Perlembagaan dan undang-undang yang ada.
“Pentadbiran
yang banyak nakhoda di mana Perdana Menteri tidak lagi dapat mengawal
kerajaannya, malah parti-parti yang menang dan menjawat jawatan Kabinet
menjadi rasis serta mengambil kesempatan untuk kepentingan kaum
masing-masing sahaja,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Polemik
mengenai ‘kerajaan pintu belakang’ kecoh diperbahaskan kebelakangan ini
susulan wujud desas-desus kerajaan baharu, dikaitkan dengan dakwaan
mengatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertimbangkan
kemungkinan bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad, sekali gus membentuk kerajaan campuran baru bersama-sama PAS.
Perkara
itu didedahkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam
sebelum ini, kononnya kerjasama politik baru akan dilancarkan masa
terdekat sama ada pada 10, 11, atau 12 Februari ini dengan nama Pakatan
Nasional.
Lokman
mendedahkan rakaman suara presidennya – yang muncul tiba-tiba – dalam
mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO yang
dipengerusikan oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Enggan
mengulas mengenai pendedahan Lokman itu, Ustaz Abdullah berkata, menjadi
tanggungjawab nasional bagi mana-mana Ahli Parlimen yang berwibawa
untuk menawarkan solusi baharu kepada rakyat.
Beliau
menegaskan, apa yang lebih utama adalah maslahat syarak dan kepentingan
nasional, bukan kepentingan sempit golongan tertentu yang ketagih
jawatan dan harta.
“Tiada
siapa di kalangan pemimpin kerajaan PH peduli ke mana hala tuju negara,
semua mereka gagal dalam pentadbiran masing-masing. Undang-undang dan
Perlembagaan juga terabai, sekali gus membawa negara kepada krisis
perkauman yang semakin teruk.
“Kehidupan
rakyat pula tidak berubah, bahkan lebih teruk berbanding sebelum PRU14.
Yang jelas bahawa kerajaan PH gagal berfungsi sebagai sebuah kerajaan
yang berwibawa, bahkan menteri-menterinya kelihatan bodoh dan diperleceh
oleh rakyat.
“Ternyata
rakyat menyesal memilih kerajaan PH dan inginkan perubahan segera.
Mereka tidak mahu suasana ‘havoc’ ini berterusan hingga ke PRU15, kerana
terlalu lama dan kerosakan akan menjadi lebih teruk,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan