Oleh Siti Fatimah Ishak
Ultra kiasu makin 'kuat' sehingga kerajaan terpaksa mengalah
BANGI –
“Apa sudah jadi dengan negara, seolah-olah tidak diperintah oleh
kerajaan yang sebenar, tetapi oleh ultra kiasu yang tidak pernah setia
kepada negara.
“Agama dan
bangsa, sudah dilenyek, dipijak, maruah entah di mana. Masih ada
sebahagian mengatakan, tidak ada apa-apa. Kita sanggup menikam sesama
saudara, demi untuk mengekalkan kuasa bersama ultra kiasu.”
Demikian
luahan pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah melihat ‘kekusutan’
yang berlaku dalam negara, apabila banyak isu yang berlegar tetapi
tidak berpihak kepada Melayu dan Islam.
Beliau
berkata, dalam banyak isu Melayu menjadi mangsa, sebaliknya ultra kiasu
semakin bermaharajalela sehingga pihak kerajaan terpaksa mengalah.
Ridhuan
Tee mengambil contoh insiden yang menimpa saudara Allahyarham Muhammad
Adib, sehingga kini, masih tidak ada pembelaan untuk anggota bomba itu.
Begitu juga dengan isu jawi, akhirnya, jawi tinggal jawi, tidak ada satu sekolah Cina yang mengajar jawi di SJKC, katanya.
“Kuil yang
sepatutnya berpindah ke tapak telah disediakan, tetap beroperasi dengan
megah, semakin aktif, ceria, seolah-olah tidak ada apa-apa yang
berlaku.
“Berbeza
sekali dengan tahanan ultra kiasu yang mati dalam lokap. Desakan demi
desakan dibuat terhadap kerajaan agar pembelaan dibuat terhadap tahanan
yang mati dalam lokap, sedangkan mereka yang nak dibela itu adalah
penjenayah tegar.
“Dalam
maksud, kerajaan terus didesak dan diasak. Akhirnya, kerajaan terpaksa
mengalah. Dasar yang sepatutnya dilaksanakan tidak dapat dilaksanakan,”
katanya.
Justeru,
apa yang perlu dibuat Ridhuan Tee berkata, suka atau tidak, ikhlas atau
tidak, mahu atau tidak, Muafakat Nasional mesti disokong sepenuhnya
sebagai satu cara untuk menyekat kemaraan ultra kiasu.
Namun, melihat kepada tanda-tanda yang ada, terlalu sukar untuk melihat Islam dan Melayu itu mengakar.
“Ultra
kiasu dilihat terlalu kuat. Lebih-lebih lagi jika ada Melayu ultra kiasu
bersama mereka. Lebih pelik lagi Melayu ultra kiasu di Kelantan turut
bersama,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan