Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan yang Yazid dipakaikan alat itu untuk tujuan pengawasan.
“Kita akan terus memantau dan berinteraksi dengannya.
“Dia juga perlu mendapat kebenaran polis sekiranya ingin keluar dari kawasan Ampang,” katanya merujuk kepada kawasan tempat tinggal Yazid.
Yazid, 55, yang mempunyai kaitan langsung dengan serangan 11 Sept 2001 di Amerika Syarikat, ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor, selama dua tahun bawah Akta Pencegahan Keganasan (Pota).
Sistem EMD, antara lain, membolehkan polis dimaklumkan sekiranya individu yang dipakaikan alat itu cuba melarikan diri atau melakukan sesuatu kepada alat berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan