Jumaat, 15 November 2019

Kes LTTE: Mak menangis, anak perempuan pula disoal polis

 

Kakak tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma 2012) yang ditahan atas dakwaan terlibat dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) disiasat polis Bukit Aman malam tadi.

Ponalagi, adik perempuan Pomugan Mahalingam, berkata dia disiasat di balai polis Bukit Tengah, Seberang Perai pada jam 7.30 malam.

“Mereka soal siasat saya selama 90 minit berkaitan hal-hal remeh.

“Saya tidak tahu kenapa mereka soal saya ketika abang saya sudah pun dituduh di mahkamah,” kata Ponulagi.

Pekerja kilang 32 tahun itu berkata demikian dalam sidang media di pusat khidmat awam PKR Bukit Tengah.

Ibu Pomugan, Rani Thanimalik, 60, turut hadir dalam sidang media itu dan kelihatan bergenang air mata dengan mengatakan anaknya “tidak buat apa-apa salah”.
Pomugan, 29, yang berkhidmat sebagai pegawai keselamatan di sebuah syarikat penngangkutan dituduh bawah Seksyen 130 J(1)(a) Kanun Keseksaan atas dakwaan menyokong kumpulan pengganas.

Dia akan berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Dia juga dituduh mempunyai kemeja T dan bahan berkaitan LTTE - sebuah kumpulan yang dibubarkan pada 2009.

Tiada ulasan: