Jumaat, 15 November 2019

Harga RON97 naik 13 sen

Norlaile Abd Rahman
MGF11102019_HUMAN-INTERST-BAJET-PETROL_01


KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 13 sen seliter daripada RM2.57 seliter kepada RM2.70 seliter bagi tempoh 16 November sehingga 22 November 2019 manakala harga runcit RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.40 seliter dan RM2.25 seliter.

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.27 seliter, manakala penurunan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.28 seliter.

“Namun begitu, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya.

Tambah Kementerian Kewangan, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi tempoh 16 November 2019 sehingga 22 November 2019 adalah berjumlah RM120.58 juta.-  MalaysiaGazette

Tiada ulasan: