Khamis, 21 November 2019

Gesa menteri pertahan perkampungan nelayan


DATO’ HJ CHE ABDULLAH MAT NAWI
 



SAYA telah membangkitkan isu perkampungan nelayan ketika pencelahan sesi penggulungan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat, semalam.

Kerajaan telah memperuntukkan RM28.2 juta pada 2019 bagi butiran Pembangunan Perkampungan Nelayan, manakala peruntukan tersebut diteruskan dengan anggaran jumlah RM29.4 juta pada 2020.
Advertisement 

Persoalan yang masih tinggal tanda tanya adalah sejauh mana perlindungan terhadap perkampungan nelayan turut dititikberatkan dalam peruntukan ini. Sebelah pihak Kerajaan memperuntukkan belanjawan bagi membangunkan perkampungan nelayan, namun ironinya di satu sisi lain mereka masih berdiam diri melihat perkampungan nelayan musnah kerana projek pembangunan tambak laut di Pulau Pinang.

Bantahan yang berterusan disuarakan oleh para nelayan dan NGO Alam Sekitar sewajarnya membuka mata pihak bertanggungjawab untuk mempertimbangkan semula projek berkenaan.

Oleh itu, saya ingin mengulangi gesaan kepada Kerajaan untuk menitikberatkan perkampungan nelayan sesuai dengan peruntukan yang besar disalurkan terhadap butiran berkenaan.

“Islam Memimpin Perubahan”

DATO’ HJ CHE ABDULLAH MAT NAWI, Ahli Parlimen Tumpat
HARAKAHDAILY

 

Tiada ulasan: