Presiden Perti Amanah Negara (PAN) itu berkata, Perdana Menteri itu mendengar pandangan anggota Kabinet sebelum membuat keputusan.
“Dia juga diangkat sebagai hero Palestin yang memperjuangkan nasib mereka yang ditindas rejim kejam Israel. Takkanlah presiden dan pemimpin kita yang hebat disegani dunia tiba-tiba calon dia kita tak undi pula.
“Saya yakin rakyat buat pilihan tepat. Jangan keliru terutama dengan parti lama saya (Pas), undilah PH, pendirian dia tak tahu macam mana,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada program Ceramah Perdana yang dihadiri Mahathir di Kukup yang dibanjiri lebih 2,000 warga tempatan dan penyokong PH.
Tambah beliau yang juga Menteri Pertahanan, tempoh 18 bulan pemerintahan PH bukannya tempoh panjang yang boleh memenuhi semua janji dan kejayaan paling besar dilaksanakan gabungan parti itu ialah memerangi rasuah dengan meminta pemimpin, wakil rakyat dan penjawat awam mengisytiharkan aset dan harta mereka.
Namun, katanya, pembangkang mendakwa segala pembaharuan yang dibuat kerajaan semasa tidak mecukupi dan meminta pembambangunan.
“Jangan lupa bahawa kita ambil negara dalam keadaan hutang cukup banyak. Apa gunanya kita kahwin janda, pinggang rampin, rambut macam ‘christmas tree’ (pokok krismas), pakai gelang tangan, bibir merah cantik, rupa-rupanya dia hutang banyak oleh kerana kahwin dia, tanggungjawab segala hutang diselesaikan tok laki baharu.
“Lebih 3,000 orang yang pernah undi Pas dulu kali ini kena undi calon kita, Karmaine Sardini. Tiada pilihan lagi untuk pengundi Tanjung Piai yang mana pembangkang tak pernah menang sekalipun dalam sejarah,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan