Bercakap kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu di Petaling Jaya hari ini, beliau memberitahu sidang akhbar itu bahawa dirinya akan mengkaji semula prestasi menteri-menteri kabinet.
“Kita juga berpendapat ada perlunya adakan rombakan kabinet. Saya sebagai PM bertanggungjawab rombak kabinet dan saya dengar pandangan-pandangan mereka.
Tanpa
menyebut sebarang garis masa, Mahathir tidak menolak kemungkinan
rombakan itu akan dilakukan sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi
Asia-Pasifik (Apec) yang akan dianjurkan oleh Malaysia pada November
tahun depan.
Walau bagaimanapun, Mahathir berkata
kerajaan mesti berhati-hati sebelum membuat "perubahan radikal"
menjelang acara antarabangsa yang besar dan penting itu.
“Sebab itu kena hati-hati. Kena tahu prestasi menteri sekarang, sama ada nak gugur, pindah dan sebagainya. Orang baru (untuk dilantik sebagai menteri) pun kena tahu betul-betul,” katanya.
“Saya tak boleh begitu mudah menukar atau gugur (menteri) begitu saja. Sebab itu ambil masa lebih sedikit,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan