Jumaat, 15 November 2019

DAP dakwa Sarawak dijangka bankrap

ZULKIPLI RAMZI 
 
Tapi lupa hutang negara cecah RM1 trilion bawah Menteri DAP

 
 
DAP-PH sudah mati kutu kerana keadaan mereka di Sarawak hanya mencari peluang memburukkan kerajaan negeri pimpinan orang tempatan Sarawak sahaja.

Sejak PH memerintah, mereka lebih banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat Sarawak serta mencalar imej negeri ini. Antaranya kenyataan Lim Guan Eng yang menyifatkan Sarawak akan bankrap, tidak ubah seperti pengemis ‘hard to please’.

Terbaru, mereka ulangi Sarawak akan bankrap selepas 3 tahun kerana berbelanja seperti disebut di dalam Bajet 2020 Sarawak. Sedangkan dengan rezab RM30 bilion dan pendapatan tahun 2019 melebihi RM10.51 bilion, ia menjadi hasil yang bakal dibelanjakan untuk tahun 2020.

Keadaan Sarawak agak sukar apabila federal juga tidak menyokong pelaksanaan cukai barangan petroleum oleh kerajaan Sarawak. Sekiranya mereka menyokong banyak lagi hasil tambahan untuk Sarawak. Itulah kekeliruan yang cuba diputarbelit oleh DAP-PH.

Rakyat perlu sedar hutang Kerajaan Persekutuan mencatat RM799.1 bilion atau 52.7 peratus daripada KDNK. Perlu disedari hutang lama (zaman BN) Kerajaan ialah RM686 billion pada akhir 2017.

Lonjakan kenaikan hutang itu terus meningkat biarpun beribu kali alasan kerajaan telah membayar hutang lama. Maka inilah kelemahan yang perlu disedari seluruh rakyat bahawa DAP-PH gagal menguruskan ekonomi negara.Kini rakan mereka seperti PKR dan BERSATU hanya tunduk tidak berdaya dengan cara DAP mengurus kewangan negara.

Sedarlah seluruh rakyat Sarawak bahawa apabila pemimpin DAP Sarawak, Chong Eng menyifatkan bajet Sarawak 2020 sebagai ‘another 1MDB in the making’ ia adalah politik ekstrem yang cuba mengaitkan negeri ini dengan politik kotor di Malaya.

Budaya menyamakan keadaan sedemikian tidak berasas dan ia bukan cara politik orang Sarawak. Sepatutnya kini, rakyat Sarawak perlu bersatu untuk mengembalikan hak Sarawak.

*ZULKIPLI RAMZI

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak – HARAKAHDAILY
 
 

Tiada ulasan: