Selasa, 8 Oktober 2019

‘Negara hancur kalau Ahmad Maslan jadi konsultan’

MALAYSIAKINI

   

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada pemimpin BN yang sudi menawarkan diri menjadi perunding cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada kerajaan.

"Kerajaan terdahulu bernasib baik mendapatkan nasihat daripada perunding yang tidak diiktiraf, itulah sebabnya mereka memperkenalkan GST.

“Terima kasih kerana menawarkan diri menjadi konsultan (tetapi) kerajaan akan hancur,” kata Mahathir di Dewan Rakyat di ibu negara hari ini, sambil tersenyum.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan Ahmad Maslan (BN-Pontian), yang semalam menawarkan diri menjadi perunding GST secara percuma kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Ahmad malah berkata sedia meronda membuat ceramah dan menerangkan kebaikan GST kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Mahathir berkata kerajaan harus melakukan kajian menyeluruh sebelum mempertimbangkan pengenalan semula GST.

Kajian itu perlu melihat kesan kenaikan harga kepada pengguna, kadar inflasi, peningkatan kos untuk perniagaan serta sistem pembayaran balik.

Bagaimanapun, beliau dilihat tidak berminat untuk mengubah sistem cukai itu dalam masa terdekat.

Selain itu, katanya, penukaran sistem GST ke SST hanya akan dilakukan kerana melihat aduan dari rakyat yang berkata terpaksa membayar cukai dua kali ataupun sukar mendapat pembayaran balik.


Tiada ulasan: