Oleh Nurul Atikah Mohd Rosli
Kadar pengangguran hampir 60 peratus membimbangkan: Isma
BANGI– Kadar pengangguran yang mencecah hampir 60 peratus dalam kalangan
graduan selepas setahun tamat pengajian adalah perkara yang
membimbangkan, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji
Aminuddin Yahaya.
Kebimbangan itu dinyatakan beliau susulan
daripada dapatan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Tahun 2018
Kementerian Pendidikan (KPM), menerusi jawapan bertulis di laman web
Parlimen, semalam.
“Bilangan graduan belum bekerja selepas
satu tahun tamat pengajian bagi peringkat pengajian Ijazah Pertama dan
ke atas adalah 30,765 orang atau 59.9 peratus daripada 51,365 graduan
yang belum bekerja,” kata Menteri Pendidikan, Maszlee Malik yang
menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datoh).
Mengulas perkara itu, Aminuddin
bagaimanapun menasihatkan graduan yang belum mendapat pekerjaan supaya
tidak susah hati, sebaliknya menggunakan ilmu yang ada untuk memulakan
perniagaan.
“Mungkin kecil-kecilan dahulu tetapi tak mengapa, lama-lama akan berkembang menjadi besar jika kita berusaha bersungguh-sungguh.
“Kini, permintaan kepada produk-produk
sangat tinggi. Persepsi masyarakat terhadap produk-produk Muslim sudah
makin bertambah baik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Aminuddin berkata, beliau tidak melihat
kerajaan mampu mewujudkan peluang pekerjaan yang signifikan dalam tempoh
terdekat, justeru graduan perlu mengambil peluang untuk menceburi
bidang perniagaan.
“Kita perlu terima hakikat bahawa kita
kena berdikari dan berusaha sendiri untuk terus hidup. Dengan doa dan
keyakinan diri, insyaallah kita akan berjaya.
“Saya yakin anak-anak Malaysia
terutamanya anak-anak Melayu kita mempunyai potensi yang besar untuk
berjaya. Saya mendoakan yang terbaik untuk para graduan di luar sana.
InsyaAllah. Amin,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan