Ahad, 27 Oktober 2019

Mayat Pengarah Filem Pitt Hanif ditemui terapung

fazleen safina

 

Allahyarham Pitt Hanif dilapor hilang selepas bot fiber terbalik

KUANTAN – Mayat pengarah filem yang dikhuatiri lemas selepas bot fiber dinaikinya ketika memancing terbalik di Sungai Jelai, Kuala Lipis semalam, ditemui terapung 500 meter dari lokasi kejadian pada 4.25 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata, mayat Firdaus Hanif, 43, telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masuk hari kedua pada hari ini telah dihentikan pada pukul 5 petang tadi,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, mangsa dilaporkan hilang berhampiran Jambatan Gemunchur di Melaka selepas bot fiber dinaikinya bersama rakannya terbalik dan rakannya ditemui selamat.

Firdaus, yang juga dikenali sebagai Pitt Hanif adalah anak kepada pelakon Fauziah Nawi. -Bernama


Tiada ulasan: