Tema dipilih langsung tak hormat norma, cabar sensitiviti muslim: DPPM
BANGI – Pihak penganjur debat Piala Tun Razak cuba mengambil kesempatan
menjadikan medan perdebatan sebagai jarum halus untuk menyuntik fahaman
yang jelas bertentangan dengan aqidah Islam, kepada remaja belasan
tahun.
Ketua Sektor
Pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM), Mukhtar Suhaili berkata,
tema yang dipilih dalam pertandingan itu, sama sekali tidak menghormati
norma, bahkan mencabar sensitiviti masyarakat muslim di negara ini.
Ia juga katanya, dilihat sebagai satu usaha untuk menanamkan jarum liberalisme dan menormalisasi LGBT, kata Mukhtar.
Mengulas
lanjut, beliau berkata, pemilihan tajuk yang langsung tidak mengendahkan
norma masyarakat majoriti muslim di Malaysia mencerminkan cara fikir
yang didasari pemikiran-pemikiran janggal, asing dan langsung tidak
bertepatan dengan fitrah.
“Fenomena
penyebaran ‘pasca-kebenaran’, menyeru sekalian manusia untuk terus
mempermainkan aspek-aspek teras akidah, khususnya bagi seorang muslim
yang mendasari kehidupannya setiap hari, adalah sangat dikesali.
“Dalang di
sebalik fenomena ini cuba untuk mengelirukan malah menyesatkan pelbagai
lapisan masyarakat di bawah bayangan ‘perbincangan akademik’,
‘hypothetical motion’ dan lain-lain terma yang bernuansa ‘neutral’
supaya akhirnya tiada satu perkara pun menjadi mutlak meskipun terhadap
akidah seorang muslim terhadap Rabb sekalian alam,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Sebelum ini,
penganjur pertandingan debat Piala Tun Razak 2019 di Seremban memohon
maaf berikutan kritikan terhadap tajuk debat yang menyentuh soal Islam
dan al-Quran.
Dalam
kenyataan bersama Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal yang juga Ketua
Pengadil berkata, usul debat berkenaan hanya bersifat hipotetikal dan
bukannya cubaan untuk membawa ‘agenda liberal.’
“Usul ini dibuat bukan dengan niat untuk indoktrinasi kepada pendebat muda atau satu bentuk agenda liberal daripada sesiapa.
“Debat
adalah kegiatan di mana peserta perlu berfikir di luar kotak dan tidak
menghadkan pandangan alam dan pada masa sama tidak mengorbankan
kepercayaan mereka selain sedia untuk berfikir secara kritikal,” kata
mereka.
Mengulas
permohonan maaf itu, Mukhtar berkata, setelah diteliti, ia penuh dengan
satira dan sandiwara yang jelas menunjukkan mereka sememangnya mempunyai
agenda liberalisme.
“Ini tidak
dapat disembunyikan lagi sehingga terzahir pada pemilihan tajuk dengan
memberikan respon yang sinis kepada pihak yang mempertikaikan tindakan
mereka.
“Mereka
tidak ikhlas mengeluarkan permohonan maaf tersebut. Justeru pihak
penganjur perlu bertanggungjawab, permohonan maaf sahaja tidak memadai
dan perlu kepada tindakan yang lebih tegas.
Justeru,
DPPM menegaskan Malaysia tidak memerlukan figura-figura keliru
mempengaruhi penuntut ilmu dengan tidak mengembalikan pencerahan ilmu
yang diperolehi.
“Sekadar
petah berbicara dan berfalsafah semata, tetapi tidak dapat tunduk kepada
kehendak Tuhannya bukanlah ciri-ciri penuntut yang cemerlang untuk
dijadikan kebanggaan di dunia apatah lagi mengharapkan kebahagiaan di
Akhirat.
“DPPM
menegaskan sekali lagi, bahawa kami tidak akan berkompromi dengan
mana-mana pihak yang cuba untuk mempermainkan kedudukan dan kemuliaan
Islam dalam apa bentuk sekalipun,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan