Adakah suspek ISIS, Daesh perlu dinilai semula jika LTTE tak didakwa?
BANGI Semua pihak ternanti-nanti pendirian Peguam Negara, Tommy Thomas
dalam mengendalikan siasatan membabitkan individu dalam DAP, berkaitan
kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kata
pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
Ia susulan pihak polis memaklumkan,
pihaknya telah selesai melakukan siasatan dan kini sedang menunggu
keputusan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti
Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay
berkata, kertas siasatan terhadap suspek LTTE sudah dihantar ke Pejabat
Peguam Negara pada Rabu lalu.
“Terpulang kepada Peguam Negara untuk memaklumkan sama ada bukti itu mencukupi atau tidak,” katanya.
Firdaus yang juga Presiden Multiracial
Reverted Muslim (MRM) berharap kes LTTE ini tidak akan berlaku seperti
kes sebelum ini, apabila membabitkan individu penting.
“Dulu Peguam Negara gugurkan kes rasuah
Lim Guan Eng. Tidak lupa Peguam Negara juga tidak mendakwa Siti Kassim
kerana menunjukkan isyarat lucah, di mana kebiasaannya majoriti pelaku
sebelum ini didakwa dan dihukum. Malah, mereka sebelum ini kelihatan
berdansa bersama di dalam satu majlis.
“Jikalau tiada dakwaan kerana menyokong
kumpulan pengganas, apakah barangkali suspek ISIS dan Daesh yang telah
dihukum terdahulu juga mungkin perlu dinilai semula?,’ soalnya.
Sebelum ini, 12 individu termasuk
termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Negeri Sembilan
dan Melaka ditahan selama 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana dikaitkan dengan LTTE.
LTTE yang diketuai V Prabhakaran
melancarkan pemberontakan untuk menubuhkan wilayah autonomi Tamil Eelam
di utara Sri Lanka, apabila golongan majoriti Sinhala menindas
masyarakat minoriti Tamil.
Kempen keganasan LTTE mendapat sokongan
moral dan pembiayaan pelbagai pihak, termasuk diaspora Tamil yang
bersimpati dengan nasib masyarakat Tamil di negara itu.
LTTE yang dilaporkan tidak aktif lagi
selepas Prabhakaran terbunuh dalam operasi ketenteraan kerajaan Sri
Lanka, pernah disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan
lebih 30 negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan