‘Dulu semua salah Najib, kini salah PM ke-7, baik punya tai-chi’
BANGI
– Datuk Seri Najib Razak hari ini menempelak kenyataan Menteri
Kewangan, Lim Guan Eng kononnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak
pernah menjual sebarang aset negara sejak memegang tampuk pemerintahan.
Melabelkan
pemimpin parti tamak haloba, DAP itu sebagai penipu bersiri, Najib yang
kini berdepan tuduhan mahkamah menegaskan, sudah banyak aset kerajaan
yang dilupuskan di bawah pemerintahan PH.
“Dia kata tiada sebarang penjualan tanah milik kerajaan sejak PH menang. Dia seorang penipu bersiri.
“Hospital
Prince Court yang dijual dengan harga RM1.02 bilion itu dibina di atas
awan ke? Penjualan sebahagian dari Bandar Malaysia dengan harga RM7.41
bilion bulan April 2019 itu tak melibatkan tanah?
“Penjualan pembangunan DUO (RM4.7 bilion) dan Hotel Andaz (RM1.45 bilion) di Singapura itu tak libatkan tanah?,” soalnya.
Malah, Najib
yang juga Ahli Parlimen Pekan tidak berpuas hati apabila Guan Eng
menyatakan bahawa penjualan aset adalah di bawah tanggungjawab Jabatan
Perdana Menteri dan bukan kementeriannya.
“Guan Eng
kata cara untuk mengurangkan hutang negara ialah dengan menjual aset
negara. Dia kata jual aset ini tanggungjawab PM ke-7.
“Dulu semua salah Najib. Kini semua salah PM ke-7. Baik punya tai-chi,” katanya.
Guan Eng
dalam persidangan Dewan Rakyat semalam berkata, cara-cara untuk
mengurangkan hutang selain mencapai belanjawan berlebihan atau surplus.
Katanya, ia merangkumi proses pelupusan harta, yang menurutnya di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukan Kementerian Kewangan.
Beliau juga
berkata, sehingga kini tidak ada tanah yang dilupuskan oleh pihak
kerajaan PH sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada 9 Mei tahun
lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan