Graduan protes, komik DAP, debat Tun Razak antara kontroversi tercetus
BULAN Oktober pada
tahun-tahun lalu, kebiasaannya akan kecoh tentang penganjuran pesta arak
Octoberfest. Majoriti rakyat mengecam pesta arak yang diimport dari
Jerman itu, tetapi sering kali dipertahan pimpinan Cina dan Melayu dalam
Pakatan Harapan.
Namun agak berbeza Oktober kali ini.
Menjengah awal Oktober 2019 ini nampak tenang sahaja. Tetapi, tidak
semena-mena, negara kecoh dengan seorang pelajar Cina yang secara
biadapnya membuat onar di majlis konvokesyen universiti.
Maka tertanya-tanya kita, siapakah
gerangan si biadap ini? Tidak mengejutkan pendedahan demi pendedahan
akhirnya mengesahkan si biadap ini ada hubungkait dengan parti rasis dan
cauvanis DAP.
Ironi sekali, si biadap ini menjerit di
atas pentas konvokesyen dengan niat menyanggah Naib Canselornya dengan
melaungkan ‘Ini Tanah Malaysia’, tetapi lihat sahaja siapa di
belakangnya?
Dalam masa yang sama, kecoh pula isu
tajuk debat kontroversi dalam pertandingan debat Piala Tun Razak.
Didedahkan juga bahawa tajuk debat yang menyentuh sensitiviti Islam itu
datangnya daripada idea individu yang berideologi liberal dan pendokong
kuat gerakan LGBTQ.
Belum pun reda dengan dua isu ini, negara
digemparkan pula pengedaran komik rasis dan cauvanis DAP. Dikatakan
beribu cetakan diedarkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Komik yang
didalangi ahli DAP yang terkenal dengan sifat rasis melampau. Bukan
sahaja komik ini menyongsangkan banyak fakta, tetapi secara sengaja
turut memberi gambaran negatif terhadap imej Islam di dalamnya.
Apa yang berlaku sebenarnya? Kalau kita
perasan ketiga-tiga isu ini berlingkar dalam sistem pendidikan kita.
Bukan lagi rahsia, duo Menteri dan Timbalan Menteri ini kelihatan
seperti ‘bermasalah’. Seringkali bertentangan kenyataan malah terkadang
kelihatan Timbalan Menteri dari DAP ini melangkaui menterinya.
Bukan lagi sesuatu yang baharu, setiap
kali isu nasional menjengah sekitar isu pendidikan kita, seperti UEC,
bantuan SMPC, silibus Jawi, rombakan silibus sejarah dan banyak lagi isu
membuatkan sistem pendidikan kita hilang maruah!
Tidak mustahil isu-isu yang berlaku ini
sebenarnya adalah kerana kelembikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee
Malik. Tidak berprinsip, tiada ketegasan dan seringkali dibayangi oleh
Timbalan Menteri, Teo Nie Ching membuatkan sistem pendidikan kita hilang
maruah!
Saya walaubagaimanapun tidaklah terkejut,
kerana mengenali latar belakang Maszlee sebelum menjadi Ahli Parlimen
dan menteri adalah cukup mesra dengan DAP yang rasis dan kiasu ini.
Kembalikan Maruah Sistem Pendidikan negara!
Hazwan Mohamad,
Ketua Penerangan
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)
Ketua Penerangan
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan