Isnin, 7 Oktober 2019

Ada Melayu rajin tapi kalau tolak agama, apa guna?

Wartawan MalaysiaGazette
MGF03092018_WALKABOUT-CALON-PAS_13
Nik Abduh Nik Aziz

KUALA LUMPUR – Orang Melayu dipanggil untuk bersatu dalam Muafakat Nasional kerana ia diwujudkan dalam acuan Islam yang dijunjung.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mengulas ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Kongres Maruah Melayu mengakui ada Melayu rajin dan ada Melayu yang malas.

“Yang malas memang bala. Yang rajin pun, kalau tolak agama, apa guna?,” katanya.

Lantaran itu, Nik Abduh menasihatkan orang Melayu agar meninggalkan Pakatan Harapan kerana ia tiada ‘Melayu’ di dalam gabungan itu.

“Usahkan warna, bau Melayu pun tak ada dalam PH.

“PAN bau DAP. Kalau tak percaya, cuba cium kalau mampu..,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: