Abdul Muein Abadi kesal universiti 'diarah' pantau pensyarah
BANGI
– Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Abdul Muein Abadi, hari ini mendakwa beliau diugut susulan artikel
bertajuk ‘400 Hari Pakatan Jual Lebih RM20 Bilion Aset Negara’.
Beliau
berkata, ugutan itu diterimanya daripada pihak tertentu selepas
Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir
Jasin menuduh beliau menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan.
Katanya,
sebagai penasihat media perdana menteri, Kadir sepatutnya menjawab
persoalan yang diajukan pensyarah universiti awam dengan matang dan
profesional, bukan mengeluarkan kenyataan di media sosial.
“Kurang
manis apabila Penasihat Media Perdana Menteri ‘mengarahkan’ ‘Pihak UKM
dan Kementerian Pendidikan tolong pantau kualiti penghujahan dan
kecenderungan ideologi kakitangan akademik mereka’ di media sosial.
“Ini bukan
sahaja kurang profesional dan kurang matang, tetapi juga bertentangan
dengan prinsip kebebasan akademik yang dilaungkan pihak kerajaan selama
ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau.
Abdul
Muein berkata, fakta dalam artikel beliau adalah berdasarkan laporan
langsung daripada portal utama seperti The Edge Markets, Reuters, Astro
Awani, Deal Street Asia, The Malaysian Reserve, dan pelbagai portal
berita arus perdana dalam negara.
“Adakah
tuan Penasihat Media Perdana Menteri menuduh kesemua portal ini ‘menabur
fitnah dan menyebarkan kepalsuan’? Jika ya, maka silalah ambil tindakan
ke atas kesemua portal ini,” katanya.
Beliau
juga berharap Kadir tidak mengulangi tindakan seperti itu pada masa
depan, sekali gus tidak menghalang pensyarah lain untuk terus terbabit
memberi pandangan kritis ke atas dasar kerajaan demi kemajuan negara.
“Secara
peribadi saya tiada dendam apatah lagi benci sama sekali terhadap
Penasihat Media Perdana Menteri kita ini dan saya maafkan tuduhan beliau
bahawa saya ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’.
“Namun,
sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya tetap
berpegang teguh dengan Falsafah UKM iaitu ‘”Paduan antara iman kepada
Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan
amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan
masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti”.
“Maka
insyaAllah saya akan terus memberi teguran dan pandangan kepada
kerajaan, sesuai dengan tugas saya sebagai Pensyarah Sains Politik di
UKM,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan