Anggota Umno yang tidak gembira dengan kepulangan presidennya, Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai pilihan selain akur keputusan parti dan menunggu pemilihan seterusnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengulas gesaan bekas Presiden Umno Najib Razak agar anggota Umno tidak mencetuskan "huru-hara" dalam parti itu dan menerima Ahmad Zahid kembali sebagai presiden.
Khairy berkata beliau dan Najib berhak untuk berbeza pandangan.
"Beliau (Najib) boleh mengatakan apa yang dia mahu. Beliau mempunyai pandangan. Saya mempunyai pandangan saya.
Bagaimanapun katanya keputusan parti perlu dipatuhi.
"Saya mempunyai pandangan yang berbeza tetapi sebagai anggota parti saya perlu mematuhi keputusan parti," kata Khairy.
Najib ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Setiawangsa pagi ini menyeru anggota parti supaya tidak mencetuskan "huru-hara" dan menerima kepulangan Zahid sebagai presiden.
Bekas Perdana Menteri itu juga berkata mana-mana ahli yang tidak gembira perlu menunggu anggota parlimen Bagan Datuk itu menghabiskan mandatnya sebagai presiden dalam tempoh tiga tahun.
Mengulas lanjut, Khairy berkata suara-suara dalam Umno yang
mengkritik kedudukan Zahid sebagai presiden telah membuat pendirian yang
jelas.
"Tetapi jika orang itu mahu kembali dan jika Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk memberi sokongan, tiada apa yang boleh kita lakukan," katanya.
Zahid mengambil keputusan untuk bercuti pada Disember tahun lepas berikutan tekanan untuk beliau berundur sebagai presiden.
Penentangnya dalam Umno ketika itu mengkritik beliau kerana didakwa tiada hala tuju yang jelas untuk mengemudi parti itu.
Zahid
juga dikatakan faktor beberapa anggota parlimen Umno melompat parti dan
sebahagian yang lain mengancam akan mengikut jejak langkah sama.
Hanya beberapa jam sebelum Zahid mengumumkan kepulangannya pada 30 Jun, Khairy - sekutu rapat Mohamad - berkata Zahid perlu terlebih dahulu mendapatkan pandangan Majlis Tertinggi Umno sebelum mengumumkan kepulangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan