Isnin, 15 Julai 2019

Kit Siang bacul hadapi rakyat

ISMA WEB

 

Najib tak perlu bayar lasykar siber tetapi rakyat yang mula sedar

BANGI – Tiga jawatan utama Kabinet menjadikan parti tamak haloba DAP semakin berkuasa, sementara kerajaan Pakatan Harapan (PH) pula hanyalah boneka mereka.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, sekarang ini ternyata DAP adalah sebuah parti kuku besi.

Beliau berkata, semakin terdedah sekarang ini kenapa DAP mahu menguasai jawatan Peguam Negara, Menteri Kewangan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Itulah tiga jawatan utama yang menjadikan DAP semakin berkuasa dan kerajaan PH hanyalah boneka mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyiasat sumber kewangan lasykar siber bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, Kit Siang berkata, Najib mempunyai rekod menyebarkan pembohongan dan ‘bapa’ kepada lasykar siber yang digunakan untuk menyerang pembangkang.

“Saya menganggarkan beliau telah menghabiskan puluhan atau bahkan ratusan juta ringgit untuk projek ini yang, antara lain, memberi keyakinan kepadanya bahawa dia akan menang besar dalam PRU14, malah memperoleh semula majoriti dua pertiga Parlimen.

“Selama beberapa bulan selepas kekalahan UMNO-BN yang tidak dijangka pada 9 Mei 2018, lasykar siber berkenaan tidak muncul di media sosial.

“Tetapi kini mereka telah kembali ke media sosial Malaysia untuk membalas dendam, yang bermaksud bahawa dana untuk tentera lasykar siber penyebar kepalsuan ini telah disusun semula dan dilengkapkan. Mungkin ini tip bagi SKMM dan polis, untuk menyiasat pembiaya cybertroopers dalam media sosial dalam kempen untuk memerangi mesej palsu,” kata Kit Siang.


Tiada ulasan: