Rabu, 12 Jun 2019

‘Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini’ – Azmin

Wartawan MalaysiaGazette
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


KUALA KUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan rakaman video lucah yang dikaitkan dengan beliau sebagai komplot jahat,

Ia bertujuan mencemarkan reputasi dan keperibadian beliau bagi menjatuh dan memusnahkan kerjaya politiknya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu yakin usaha tersebut telah dimulakan beberapa bulan lalu
berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya gutter politics. Sesungguhnya, ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu, di mana kita sedang berusaha untuk membina semula negara melalui reformasi institusi dan berpegang kepada politik nilai yang luhur dan murni

“Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara yang lebih mendesak dan kejayaan
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam melaksanakan dasar pembangunan negara yang mampan dan inklusif,,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menafikan laporan media mengenai seorang individu yang cuba mengaitkan beliau dalam rakaman video lucah.

Menurut Mohamed Azmin, beliau telah mengarahkan para peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain.

Tambah Timbalan Presiden PKR itu, beliau akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang terlibat dalam kerja jahat itu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: