Oleh Siti Fatimah Ishak
'Terlalu banyak kelemahan, bubar kerajaan adakan pilihan raya umum'
BANGI
– “Kes Allahyarham Mohammad Adib Mohamad Kasim masih belum selesai,
timbul pula isu video hanyir. Satu persatu kelemahan kerajaan PH dan
skandal terpacul untuk tatapan rakyat.
“Ia petunjuk jelas sebenarnya PH tidak
mempunyai persefahaman dan kerjasama yang kukuh di antara mereka. Mereka
membawa matlamat, agenda dan ideologi masing-masing, tidak seperti apa
yang di paparkan selama ini.”
Demikian kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz
Muhammad Khalil Abd Hadi susulan penyebaran video lucah mirip Menteri
Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang memaparkan aksi
intim bersama dengan seorang lelaki.
Seorang individu bernama Haziq Abdullah
Abdul Aziz telah membuat kenyataan menerusi video di laman Facebook
peribadinya bahawa dia adalah individu yang terlibat dalam video
berkenaan.
Bagaimanapun, Azmin dalam kenyataannya pada Rabu lalu menafikan dirinya adalah individu dalam video berkenaan.
Mengulas lanjut, Khalil berkata, isu
berkenaan telah pun menjadi perdebatan dan percakaran sesama pimpinan
utama PH, dapat di lihat jelas di media massa utama negara.
“Soal betul atau tidak kita serahkan
kepada kebijaksanan pihak berkuasa seperti PDRM untuk menyiasat, selagi
tidak terbukti bersalah, kita usah pula menghukum kerana ia salah di
sisi agama Islam.
“Namun isu tersebut membuktikan sebenarnya membuktikan PH sedang porak-peranda,” katanya.
Pada masa sama, Khalil berkata, isu
berkenaan juga telah memperlihatkan mereka menyerang sesama sendiri,
menyalahkan sesama sendiri, malah sudah jelas mereka hanya mahu
berkuasa, memenuhi agenda tanpa mempedulikan nasib rakyat sepertimana
janji sebelum ini.
“Kos sara hidup makin meningkat, harga
barangan dan petrol masih tidak turun, PTPTN tetap ada, AES semakin
banyak, keadaan ekonomi negara makin suram malah banyak janji mereka
yang tidak tertunai.
“Apa yang rakyat dapat? Rakyat tersadai
dengan kerajaan PH yang sudah hampir di ambang kehancuran dan di ambang
hujung nyawa. Mahukah kita memperjudikan masa depan kita? Jika begini
keadaanya, lebih elok bubar saja kerajaan dan adakan pilihan raya umum,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan