Khamis, 13 Jun 2019

Pertemuan di Sandakan bukan pertama kali, dakwa Haziq

Wartawan MalaysiaGazette
 
haziq
Haziq Abdullah Abdul Aziz
 
KUALA LUMPUR – Individu yang dikaitkan dengan video intim bersama Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Haziq Abdullah Abdul Aziz mendakwa pertemuan di Hotel Fourpoint Sandakan bukannya pertemuan yang pertama.

Malah beliau mendakwa terdapat tiga pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dilakukan sebelum kejadian tersebut.

“Pertama kali ialah di Grand Continental Kuching 3 tahun lalu, selepas itu Pullman Kuching semasa pemilihan parti pada Oktober tahun lalu

“Kita lakukannya sekali lagi di Grand Hyatt KL semasa anda menjadi menteri pengiring kepada Sultan Brunei pada Mac tahun ini dan pertemuan baru-baru ini di Fourpoint Sandakan pada bulan lalu,” katanya dalam kenyataan.

Semalam Haziq membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau adalah orang yang terlibat dalam perbuatan sumbang itu dan mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan ketika itu umat Islam sedang berpuasa pada bulan Ramadan.

Menurut Haziq, kekurangan sokongan dalam pengakuan menyebabkan beliau mempersoalkan keikhlasan kerajaan baharu dalam mengejar reformasi.

Katanya, ia boleh dilihat apabila Perdana Menteri telah menuduhnya mempunyai agenda politik selepas membuat pengakuan itu.

“Saya berasa takut dan hanya berasa selesa apabila anda menghantar (Muhammad) Hilman (Idham) untuk berjumpa dengan saya di Restoran Zest di Marriot Putrajaya pada hari itu,” katanya sambil menambah Hilman telah memaksanya untuk membuat penafian bahawa Mohamed Azmin adalah orang dalam video yang tular itu dan meminta beliau berbohong.

Menurut Haziq yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, beliau meminta lebih banyak masa diberikan untuk berbincang dengan ibu bapanya dan ini membuatkan Muhammad Hilman marah.

“Selepas saya enggan melakukannya, dia mengugut dan berkata ‘ini’ akan ditutup dalam jangka masa 48 jam dengan atau tanpa pertolongan saya untuk berbohong.

“Ia mengecewakan saya bahawa Azmin Ali, lelaki yang saya hormati memilih untuk menyelesaikannya (dengan cara ini) berbanding mengaku kesilapannya.

“Saya tahu anda adalah seorang lelaki yang sakit kerana hanya anda yang boleh merakamkan video itu untuk koleksi peribadi selepas mempelawa saya ke bilik hotel anda dalam setiap acara,” dakwanya.

Sementara itu, Haziq menyatakan beliau khuatir lebih banyak video akan bocor dan kedudukan Mohamed Azmin sebagai menteri dinafikan manakala masa depannya musnah.

Malah dakwanya, Mohamed Azmin mendapat sokongan penuh Perdana Menteri sebelum sebarang siasatan rasmi dilakukan.

Namun, ujar beliau, hanya kebenaran yang boleh membebaskannya sambil menambah beliau khuatir keselamatan keluarga dan dirinya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: