169,051 saman telah dikeluarkan sejak sistem AWAS diambil alih JPJ
KUALA LUMPUR
– Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyangkal laporan sebuah
portal berita yang mendakwa hanya empat kamera Sistem Keselamatan
Kesedaran Automatik (AWAS) berfungsi.
JPJ dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, kesemua 41 buah kamera AWAS masih dalam keadaan baik dan sedang beroperasi.
“Pengoperasian beberapa kamera AWAS
ditangguhkan sementara waktu kerana telah terlibat dengan kemalangan dan
melibatkan kerja-kerja pendawaian serta pemasangan semula,” kata
kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan, setakat
Mei 2019, sebanyak 169,051 saman telah dikeluarkan sejak sistem AWAS
diambil alih oleh pihak JPJ.
Selain itu, JPJ menyangkal dakwaan kononnya JPJ tiada kepakaran untuk menjalankan pengoperasian kamera AWAS.
Portal berita itu melaporkan hanya empat
kamera AWAS yang masih beroperasi daripada keseluruhan 45 unit yang ada
di seluruh negara selepas JPJ mengambil alih operasinya sejak September
tahun lepas. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan