Ahad, 2 Jun 2019

Kepala kanak-kanak 6 tahun tersangkut di lubang periuk

siti hafidah 

Bomba guna alat khas gunting tudung periuk keluar kepala mangsa


KUALA LUMPUR – Tindakan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memasukkan kepalanya di lubang penutup periuk mengundang padah apabila kepalanya tersangkut kira-kira setengah jam.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam tadi, Khalish Akil Hassan Basri dikatakan bermain penutup periuk itu di rumahnya di Taman Ampang Indah di sini sebelum gagal mengeluarkan penutup itu daripada kepalanya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, ibu mangsa bertindak menghubungi pihak bomba selepas beliau juga gagal mengeluarkan penutup periuk itu daripada kepala anaknya.

“Pihak bomba kemudiannya menggunakan peralatan khas untuk menggunting tudung periuk itu bagi mengeluarkan kepala mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Norazam berkata, lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 8.04 malam tadi. – Bernama


Tiada ulasan: