Khamis, 6 Jun 2019

INKUES ADIB: AG DIBIDAS


Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan mempersoalkan empat alasan yang dikeluarkan Peguam Negara, Tommy Thomas berikutan penarikan diri peguam Syazlin Mansor daripada mewakili pihak prosiding inkues punca kematian Allahyarham Muhammad Adib.

Katanya hujah yang dikemukakan Tommy bukan menjernihkan keadaan, malah membuktikan keadaan Pejabat Peguam Negara yang bercelaru dalam mengendalikan kes berkenaan.

“Sekiranya kedudukan peguam Syazlin Mansor yang mewakili tiga pihak berkepentingan iaitu KPKT, Bomba dan keluarga Allahyarham Muhammad Adib mewujudkan konflik berkepentingan, sepatutnya Peguam Negara telah mengambil tindakan lebih awal selaku penasihat kepada kerajaan dalam hal ini.

“Kekalutan yang timbul ini juga hanya akan menyebabkan prosiding inkues yang sudah memasuki 36 hari ini terganggu memandangkan banyak keterangan saksi telah dikemukakan,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Shahril berkata rakyat Malaysia menuntut supaya kematian Allahyarham Muhammad Adib mendapat keadilan sewajarnya dengan merungkaikan kes ini sebaik mungkin.

“Namun keputusan Peguam Negara yang hanya mengambil tindakan selepas 36 hari inkues dijalankan menunjukkan Peguam Negara telah gagal melaksanakan tugas sebaik mungkin bukan sahaja atas kapasitinya sebagai peguam dan penasihat undang-undang kepada pihak kerajaan malah mencemar kedudukan Pejabat Peguam Negara secara keseluruhannya,” katanya.

Tiada ulasan: