ISMA WEB
Najib kata kerajaan terdahulu telah ambil tindakan terhadap NFC
BANGI– Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin
meluluskan pinjaman RM250 juta kepada Pusat Fidlot Nasional (NFC) ketika
menjadi menteri pertanian pada 2006.
Namun,
bekas perdana menteri itu kesal kerana walaupun bukan beliau yang
meluluskan pinjaman itu, namanya sering dikaitkan dengan isu berkenaan
yang turut dijadikan propaganda utama Pakatan Harapan (PH) selama
sembilan tahun.
“Pinjaman
ini diluluskan oleh Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Pertanian pada
tahun 2006 – iaitu 2 1/2 tahun sebelum saya menjadi Menteri Kewangan
atau Perdana Menteri.
“Perlu
ingat bahawa ini ialah pinjaman RM250 juta. Ini bukan geran percuma
ataupun projek mencurigakan seperti bayaran RM305 juta untuk membuat
laporan terowong Pulau Pinang.
“Selepas
diberi pinjaman itu, syarikat NFC mengalami kesukaran untuk meneruskan
projek pada garis masa yang ditetapkan kerana ada beberapa projek
infrastruktur sokongan yang merupakan tanggungjawab Kementerian
Pertanian telah lambat dibina,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Najib berkata, walaupun projek NFC telah dilewatkan, syarikat itu masih perlu menanggung kos faedah ke atas pinjaman berkenaan.
“Oleh itu,
mereka menggunakan sebahagian dari dana ini untuk pelaburan-pelaburan
lain yang tidak ada kaitan dengan projek NFC untuk mendapat pulangan
untuk membayar faedah pinjaman.
“Bagaimanapun,
ini dipercayai telah melanggar syarat-syarat pinjaman. Dengan itu,
pemilik NFC didakwa di dalam mahkamah semasa saya PM tetapi akhirnya,
mahkamah mendapati mereka tidak menyalahi undang-undang.
“Pada masa yang sama, kerajaan BN juga menyita aset-aset mereka termasuk baki wang tunai sebanyak RM80 juta,” katanya.
Bagaimanapun,
katanya, jumlah itu tidak mencukupi untuk menjelaskan seluruh pinjaman
RM250 juta berkenaan kerana sebahagian daripada pinjaman itu telah
dibelanjakan untuk membina ladang NFC, termasuk untuk membiayai kos
operasi mereka.
Walaupun
kerajaan BN pernah pertimbangkan beberapa kali untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap peminjam untuk mendapat balik seluruh dana RM250
juta itu, tindakan ini tidak diambil, katanya.
Najib
menjelaskan, ini kerana syarikat NFC memberitahu kerajaan bahawa mereka
sedang berunding dengan beberapa syarikat besar di dalam dan luar negara
untuk mengambil alih projek NFC itu.
“Pembeli-pembeli
itu juga bersetuju untuk menganggung bayaran untuk pinjaman termasuk
seluruh kos faedah. Akhirnya, syarikat NFC berjaya untuk mencari pembeli
baru dan telah menulis kepada kerajaan untuk meminta kelulusan untuk
pihak baru ini mengambil alih projek.
“Pembeli
baru ini dikatakan mempunyai kekuatan kewangan serta pelan menyeluruh
untuk meneruskan dan menjayakan projek NFC. Tetapi, Menteri Kewayangan
PH tidak mahu memberi kelulusan.
“Sebaliknya,
mereka mengambil tindakan untuk meneruskan saman sivil untuk menuntut
syarikat NFC untuk membayar balik seluruh pinjaman itu. Tindakan ini
boleh dianggap pelik jika niat dan keutamaan ialah untuk mendapat balik
dana tersebut dan menjayakan projek,” katanya.
Najib
berkata, hapir sembilan tahun DAP menyebar propaganda menipu bahawa
RM250 juta ini telah diseleweng oleh beliau dan digunakan untuk membeli
kondo untuk simpan lembu di dalam.
“Oleh itu,
ianya amat sukar untuk DAP mengaku kepada penyokong mereka sekarang
bahawa dana ini bukan disonglap tetapi ianya sesuatu pinjaman di mana
peminjam sudahpun mahu membayar balik keseluruhannya termasuh kos
faedah.
“Memandangkan
itu, Menteri Kewayangan terpaksa untuk mengambil tindakan mahkamah ke
atas syarikat NFC serta menolak pembayaran balik pinjaman serta
rancangan meneruskan projek NFC untuk meningkatkan bekalan daging lembu
tempatan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan