WAWANCARA | Siapa sangka
masalah alahan pada kulit akibat daging khinzir membuka peluang kepada
Nur Shafiyyah Wong untuk mendalami dan memeluk agama Islam.
Akibatnya dia bukan sahaja tidak boleh menjamah daging khinzir, malah pinggan mangkuknya juga tidak boleh bercampur aduk dengan adik beradik yang lain.
Menurutnya, pada waktu itu mendiang bapanya berpesan agar dia memeluk Islam akibat masalah alahan yang teruk itu.
“Saya juga akan sesak nafas kerana alergi. Saya memang tak boleh kena langsung airnya (khinzir).
Mak Su (makcik) saya cakap, betul cakap mendiang ayah, awak bila dah besar nanti masuklah Islam,” kongsinya kepada Malaysiakini baru-baru ini.
Ketika diwawancara, Nur Shafiyyah turut tidak dapat melindungi emosinya apabila terkenangkan mendiang bapanya yang tidak sempat melihat dia memeluk Islam.
“Saya masih ingat ayah dengan nada serius suruh saya masuk Islam. Tapi saya sedih dia tak dapat tengok saya masuk Islam,” katanya menahan air mata.
Nur Shafiyyah atau namanya sebelum ini Wong Lee Sah berasal dari Sarawak dan memiliki lima orang beradik yang kesemuanya dilahirkan dalam agama Krisitian.
Namun selepas kematian kedua ibu bapanya, dia berpindah ke Pulau Pinang dan dibesarkan oleh ibu saudara yang beragama Buddha.
Ketika
meningkat dewasa, Nur Shafiyyah mula hidup berdikari dan bekerja
sebagai tukang masak di beberapa buah restoran di ibu kota.
Tarikh 29 Febuari 2012 merupakan detik yang tak dapat dilupakan Nur Syafiyyah apabila bermula kehidupan baru sebagai seorang Muslim pada usia 35 tahun.
“Niat saya masuk Islam kerana Allah. Setiap hari saya dengar azan, saya rasa sayu je. Bila azan subuh lagi sayu.
“Bila saya bangun tidur, saya menitik air mata, saya terharu selepas itu saya tekad. Ya Allah, mungkin dah sampai hidayah buat saya.
Keluarga terima dengan hati terbuka
Wanita berusia 42 tahun itu berkata beliau
bersyukur, walaupun menukar agama, namun keluarganya dapat menerima
keputusan itu dengan hati terbuka.
“Saya susah dapatkan bantuan, selepas setahun dua, kita mohon kembali untuk minta bantuan bayar sewa rumah, alhamdulillah zakat bantu,” katanya.
Beliau yang sudah tujuh tahun menganut Islam kini belajar agama di Masjid Bukit Indah kelolaan Jawi tiga kali seminggu dari Isnin hingga Rabu.
Malah, dia kini sudah mampu membaca al-Quran dengan baik.
“Alhamdulillah. Saya bersyukur hidup saya sekarang ni. Saya juga rasa diri saya sempurna dalam Islam,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan