DUGAAN di akhir Ramadan dan menjelang Syawal.
Itulah yang dialami pelakon dan pelawak popular Zizan Razak, 35, yang terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat sesak nafas, semalam.
Zizan menerusi Instagram Story berkata, akibat terlalu penat bekerja dia mengalami sesak nafas.
"Insya-Allah, saya okay. Pagi tadi (semalam) selepas Subuh, saya sedikit sesak nafas. Kuat juga sebenarnya. Saya tiada pilihan lain dan perlu ke hospital. Jadi, sekarang masih lagi di hospital.
Terlalu penat bekerja sampai jadi macam ini. Rehat tidak cukup dan tertekan," katanya.
Bagaimanapun, Zizan memaklumkan keadaannya semakin pulih dan berkemungkinan dibenarkan pulang tidak lama lagi.
"Mungkin tak lama lagi saya keluar. Malas duduk sini lama-lama," katanya.
Sementara itu, Zizan ketika dihubungi Harian Metro menerusi WhatsApp enggan ditemubual kerana mahu berehat.
"Saya masih rehat, nantilah ya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan