Khamis, 20 Jun 2019

15 pelajar di Pasir Gudang muntah-muntah, sesak nafas

siti hafidah 

 

Kejadian dikatakan berpunca daripada pencemaran udara


JOHOR BAHRU – Lebih sepuluh pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas dipercayai terhidu udara tercemar.

Difahamkan semua mangsa telah diberikan rawatan awal dan ada yang telah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.



Memetik media tempatan, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Ibrahim Omar dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.39 petang.

Katanya, sepasukan anggota bomba dan penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di sekolah memang benar ada kejadian pencemaran udara dan terdapat 15 pelajar mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.



“Pasukan Emrs BBP Pasir Gudang bertindak menghantar lima orang pelajar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya sambil menambah operasi menyahcemar masih dijalankan.

Terdahulu, tular di media sosial gambar murid pengsan dipercayai terhidu gas di Sekolah Agama Taman Mawar di Pasir Gudang. Selain itu, terdapat juga murid menerima rawatan di sekitar kawasan sekolah berkenaan.


Tiada ulasan: