Khamis, 14 Mac 2019

UMNO-PAS BAKAL GUGAT PH KEDAH



Wartawan Watan-Online
 
Kerjasama rasmi yang terjalin antara UMNO dan PAS dilihat bakal memberi impak terhadap keseimbangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah, ujar Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan.

Katanya kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang meragui kerjasama UMNO dan PAS demi menunjukkan kebimbangan beliau terhadap kebangkitan rakyat Kedah mutakhir ini.

“Harus diingat bahawa sejak dahulu lagi politik dan pentadbiran negeri ini sering bertukar ganti pemerintahan di antara UMNO dan PAS, iaitu dua buah parti yang lebih berpengalaman berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Seperti sedia maklum juga, lubuk utama PAS adalah di Kelantan dan Kedah. Oleh itu, undi dan sokongan perpaduan orang Melayu dan Islam akan mudah diperolehi menerusi kerjasama ini (UMNO dan PAS),” katanya melalui kenyataan pada Rabu.
Mohd Raqib turut berkata perkembangan rakyat Kedah yang dilihat menyokong penyatuan ummah mungkin mengugat kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar, apatah lagi bila semakin ramai menyedari Timbalan Presiden PPBM itu lebih kerap berada di luar kawasan berbanding di negeri Kedah.

Mukhriz yang juga Pengerusi PH Kedah sebelum ini mengeluarkan kenyataan meragui keikhlasan kerjasama UMNO dan PAS yang konon bertujuan untuk penyatuan ummah.

Menurut Mukhriz, PPBM sebelum ini pernah berusaha untuk menjalin kerjasama atas tujuan sama namun ditolak oleh PAS yang lebih memilih UMNO.


Tiada ulasan: