Selasa, 26 Mac 2019

Cukai minuman bergula boleh bendung obesiti dan diabetes – Menteri

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Pengenalan duti eksais ke atas minuman bergula akan membantu mengurangkan masalah obesiti dan kencing manis dalam kalangan rakyat Malaysia, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pengenalan cukai minuman bergula akan dapat mendidik masyarakat untuk memilih minuman sihat dan murah serta perubahan corak amalan pemakanan sihat itu akan memberi impak kepada penurunan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit kronik.

“Inisiatif ini kita saksikan yang dilakukan di negara Mexico, setelah mengenakan cukai minuman bergula ini, ia menunjukkan pengurangan pengambilan minuman bergula sebanyak 10 hingga 20 peratus selepas setahun mereka melaksanakannya,” katanya.

Tiada ulasan: